
Harga bitcoin melonjak pada hari Jumaat selepas pelabur menyambut baik berita bahawa Dewan Perwakilan AS akan membentangkan beberapa rang undang-undang penting berkaitan aset digital bermula minggu depan.
Antara rang undang-undang yang akan dibahas ialah Genius Act (berkaitan peraturan stablecoin), Clarity Act dan Anti-CBDC Surveillance State Act. Langkah ini disokong oleh Presiden AS Donald Trump yang menyatakan dirinya sebagai “presiden kripto”.
Menurut laporan Reuters, Trump juga terlibat secara tidak langsung dalam dunia kripto melalui platform World Liberty Financial yang dikendalikan anak-anaknya, Eric dan Don Jr.
Menurut Jag Kooner dari Bitfinex, “walaupun belum diluluskan, komitmen politik ini sudah cukup memberi isyarat positif kepada pasaran.”
Bitcoin naik 3.3% kepada AS$117,333.32, meningkat 26% tahun ini dan 41% dalam tiga bulan terakhir.
Saham berkaitan kripto turut meningkat: MicroStrategy naik 1.9%, manakala Riot, Hut 8 dan Mara Holdings meningkat antara 0.7% dan 1.6%. Ether naik 5.13%, XRP 9.7%, dan Solana 0.8%. Nilai keseluruhan pasaran kripto kini mencecah AS$3.67 trilion.