
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan bahawa seramai 6,060 rakyat Malaysia telah melepaskan kerakyatan untuk memperoleh kewarganegaraan Singapura setakat 30 Jun tahun ini.
Menurut beliau, tahun lalu mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 16,930 kes, meningkat ketara berbanding 11,500 kes pada tahun 2023.
Pada tahun 2022, angka itu ialah 5,623, sedikit lebih rendah daripada 7,956 pada 2021.
Angka tertinggi dalam tempoh sedekad direkodkan pada tahun 2019 dengan 13,362 kes sebelum menurun kepada 5,591 pada tahun 2020 akibat pandemik Covid-19.
“Beberapa tahun sebelumnya mencatatkan 7,394 kes pada 2015, 8,654 pada 2016, 7,583 pada 2017 dan 7,665 pada 2018,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.
Saifuddin berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan berhubung jumlah rakyat Malaysia yang memohon kewarganegaraan Singapura dari tahun 2015 hingga 2025.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.