
Timbalan ketua Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, yang sedang dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan projek lebuh raya MEX II, dipercayai berada di luar negara.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk mengesan lokasi beliau.
“Kami akan mulakan kerjasama dengan Imigresen tidak lama lagi. Yang paling penting ialah mengesan keberadaannya,” katanya ketika dihubungi.
Azam turut menggesa Adam supaya segera pulang untuk membantu siasatan.
Pada Ogos lalu, Adam dibebaskan daripada 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan projek Jana Wibawa.
Pembebasan itu dibuat selepas Jabatan Peguam Negara menerima representasinya dan mengesahkan beliau telah menjelaskan kompaun RM4.1 juta di bawah Akta AMLATFPUAA.
Projek MEX II turut sedang disiasat oleh SPRM.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.