
Meta telah melancarkan ciri baharu Instagram Map pada hari Rabu yang membolehkan pengguna berkongsi “lokasi terakhir mereka aktif”. Namun, ciri ini telah mencetuskan kebimbangan ramai pengguna media sosial yang bimbang lokasi mereka didedahkan tanpa kebenaran.
Walaupun Meta menjelaskan ciri itu “dimatikan secara lalai melainkan diaktifkan sendiri”, ramai pengguna memuat naik di Threads mengatakan lokasi mereka dikongsi tanpa persetujuan.
Seorang pengguna berkata: “Saya tak percaya Instagram lancar fungsi peta tanpa amaran dan tunjuk lokasi semua orang.” Seorang lagi menambah bahawa ciri itu berbahaya kepada mangsa keganasan yang cuba elak dijejaki.
Ketua Instagram, Adam Mosseri, menjelaskan di Threads bahawa ramai pengguna keliru dan menyangka orang lain dapat melihat mereka hanya kerana mereka nampak diri sendiri di peta. Beliau menegaskan fungsi ini memerlukan pengesahan berganda untuk diaktifkan.
Namun, beberapa pengguna tetap mendakwa lokasi mereka dikongsi tanpa izin, walaupun tetapan lokasi di telefon telah ditetapkan kepada “jangan benarkan”.
Jurucakap Meta menegaskan semula bahawa Instagram Map dimatikan secara automatik dan hanya dapat dilihat oleh pengikut yang turut diikuti semula atau senarai peribadi jika pengguna sendiri mengaktifkannya.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.