
Menurut Free Malaysia Today (FMT), pegawai penyiasat SPRM, Zulhilmi Ramli, memberitahu mahkamah sesyen bahawa projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion merupakan “skandal tanah”.
Beliau berkata siasatan yang dimulakan sejak Jun 2020 menumpu kepada dakwaan salah guna kuasa, rasuah dan salah penggelapan harta melibatkan Lim Guan Eng.
“Projek itu hanya cara memperdaya orang ramai dan lebih kepada skandal tanah,” katanya.
Beliau memaklumkan keterangan diambil daripada bekas exco, kakitangan Consortium Zenith Sdn Bhd serta saksi lain, dengan ahli perniagaan Zarul Ahmad Zulkifli dikenal pasti sebagai tokoh utama.
Tambahnya, bekas exco Lim Hock Seng memberitahu penyiasat bahawa “YB Lim mengarahkannya menghubungi Zarul selepas mesyuarat exco pada 26 Jan 2011”,manakala Zarul dalam keterangannya mendakwa Lim meminta 10% daripada projek tersebut dan beliau bersetuju.
Zulhilmi menegaskan siasatan tidak berat sebelah dan kesimpulan dibuat selepas menilai semua keterangan saksi.
Lim didakwa meminta 10% keuntungan dan menerima RM3.3 juta daripada Zarul berhubung projek berkenaan, selain berdepan dua pertuduhan menyalah guna secara tidak jujur tanah negeri bernilai RM208.7 juta.
Perbicaraan bersambung pada 15 Okt di hadapan Hakim Azura Alwi.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.