Kerajaan akan mula mengehadkan pembelian diesel di Sabah dan Sarawak bermula 1 April susulan kebimbangan terhadap aktiviti penimbunan dan penyeludupan bahan api, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Dalam perutusan khas yang disiarkan, beliau memaklumkan had pembelian akan ditetapkan mengikut kategori kenderaan bagi memastikan pengagihan bekalan lebih adil dan mencukupi.
Had pembelian diesel mengikut kategori kenderaan
Menurut beliau, kenderaan ringan dihadkan kepada 50 liter bagi setiap pembelian, manakala pengangkutan awam dan kenderaan barangan di bawah tiga tan dihadkan kepada 100 liter.
Bagi kenderaan melebihi tiga tan, had pembelian ditetapkan pada 150 liter.
“Langkah ini bagi memastikan bekalan yang ada dapat diagihkan secara adil dan mencukupi kepada semua,” katanya.
Sabah dan Sarawak kekal terima diesel bersubsidi
Anwar berkata, Sabah dan Sarawak akan terus menerima diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter walaupun berlaku peningkatan harga, dengan mengambil kira cabaran logistik dan geografi di kedua-dua negeri tersebut.
Menurutnya, perbezaan harga yang semakin melebar menuntut langkah lebih tegas serta penguatkuasaan yang lebih berkesan bagi mengelakkan ketirisan.
“Saya memohon orang ramai memahami bahawa langkah ini perlu demi melindungi kepentingan awam. Ia mungkin memberi kesan kepada sesetengah pihak, namun kerjasama semua amat diperlukan bagi membendung ketirisan,” katanya.
Pelarasan kuota RON95 di bawah BUDI95
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa kuota bulanan petrol RON95 bersubsidi di bawah program BUDI95 dikurangkan daripada 300 liter kepada 200 liter sebagai langkah sementara.
Katanya, pelarasan itu bertujuan menangani kesan konflik di Asia Barat terhadap pasaran tenaga global, dengan harga petrol bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter.
Beliau menegaskan langkah tersebut bersifat sementara, sementara menunggu pemulihan harga minyak, keadaan bekalan dan ekonomi global.

Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.