
Hong Kong Polis berkata pada Isnin seorang lelaki berusia 63 tahun ditahan kerana disyaki meletakkan botol minuman ringan yang mungkin dicemari air kencing di beberapa pasar raya.
Pasukan itu menerima laporan sepanjang tahun lalu bahawa enam botol Coca-Cola Plus dan satu botol 7UP yang dijual di pasar raya di Sham Shui Po, Mong Kok dan Wan Chai disyaki dicemari.
Dalam salah satu kes, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun berasa tidak sedap badan selepas meminum salah satu minuman tersebut.
Alex Yau berkata pegawai menahan suspek selepas menyerbu kediamannya di Sham Shui Po pada hari Sabtu lalu, dan menemui barang-barang berkaitan kes, termasuk pakaian, beg galas dan kasut yang dipakai lelaki itu ketika didakwa melakukan perbuatan tersebut.
“Kami percaya suspek melakukan kesalahan itu disebabkan stigma daripada dendam terdahulu antara suspek dan kakitangan di pasar raya. Oleh itu, beliau bertindak sebagai pembalasan terhadap pasar raya, bukan terhadap produk tertentu,” katanya.
“Kami melihatnya sebagai tindakan balas terhadap kedai-kedai terbabit.”
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kowloon City pada hari Selasa atas tuduhan memberi bahan yang berbahaya dengan niat untuk mencederakan, menyakiti atau mengganggu orang lain.
Alex Yau berkata keputusan ujian awal menunjukkan minuman tersebut mungkin mengandungi air kencing, tetapi tiada racun dikesan.
Beliau menyifatkan insiden itu sebagai satu kesalahan yang “sangat serius”, kerana ia bukan sahaja membabitkan kesihatan awam, malah menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap keselamatan makanan.
Alex Yau turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berwaspada ketika membeli produk.
“Perhatikan tanda-tanda sama ada produk itu telah diganggu gugat — sama ada meterai telah pecah, samada ia telah dibuka, atau jika terdapat bau kuat yang ganjil… perkara-perkara seperti itu. Anda biasanya akan nampak petanda apabila sesuatu barangan telah diganggu gugat.”