
Seorang pemimpin PAS menyambut keterbukaan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, terhadap cadangan menyertai parti itu sebagai satu “pilihan” susulan penggantungan keahliannya dalam Bersatu selama sepenggal.
Namun, pimpinan PAS menekankan tumpuan utama ketika ini harus diberikan kepada pengukuhan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN).
Ketua Penerangan Pemuda PAS, Khairul Nadzir Helmi Azhar, berkata penyertaan mana-mana individu ke dalam PAS sentiasa dialu-alukan sebagai tanda kepercayaan terhadap perjuangan parti.
Bagaimanapun, beliau menegaskan sehingga kini tiada perbincangan rasmi antara pimpinan mengenai sebarang penyertaan daripada Wan Ahmad Fayhsal.
“Pemuda PAS ambil maklum kenyataan Wan Fayhsal itu. Buat masa ini, belum ada sebarang perbincangan rasmi antara pimpinan mengenai perkara tersebut,” katanya kepada media.
Beliau menambah bahawa fokus dalam PN ketika ini adalah memperkukuh kerjasama dan menguatkan kedudukan Bersatu sebagai rakan utama dalam gabungan.
Wan Ahmad Fayhsal, yang digantung keahlian selama satu penggal dan didakwa berkaitan isu politik dalaman, dilaporkan terbuka dengan cadangan menyertai PAS demi memperkukuh gabungan pembangkang di peringkat akar umbi.
Dalam satu episod program podcast, beliau menyatakan penyertaan ke dalam PAS boleh menjadi “option” sekiranya kemelut kepimpinan dalam Bersatu sukar diselesaikan.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah, menjelaskan bahawa perkara berhubung anggota parti lain yang masih bergantung hubungan kekeluargaan atau urusan dalaman Bersatu belum menjadi perbincangan PAS.
“Kita tak bincang lagi sebab anggap itu isu dalaman Bersatu, rumah tangga mereka,” kata beliau, sambil menambah bahawa pihaknya menunggu sebarang permohonan rasmi jika wujud niat untuk menyertai PAS.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.