
Parti Amanah Negara (Amanah) yakin Pakatan Harapan (PH) mampu memenangi pilihan raya negeri (PRN) Negeri Sembilan sekiranya diadakan semula susulan kemelut politik yang melanda negeri itu.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu, berkata jika kemelut berlarutan tanpa penyelesaian dalam tempoh tertentu, kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar.
“Dah masuk dua bulan setengah, tapi kita tak boleh campur urusan Negeri Sembilan.
“Kalau PRN lagi, PH boleh menang, tapi kami harap mereka dapat mencari jalan penyelesaian,” katanya dalam sidang akhbar selepas Konvensyen Amanah negeri Kelantan 2026 pada Jumaat.
Risiko ketidakstabilan politik
Mohamad berkata tindakan cuba mengambil alih pemerintahan di tengah penggal boleh mencetuskan ketidakstabilan politik, seperti yang berlaku selepas Langkah Sheraton.
“Ambil alih pemerintahan sebegini boleh membawa ketidakstabilan politik.
“Akhirnya rakyat yang akan menerima kesan,” katanya.
PRN semula tertakluk pada perlembagaan
Mengulas sama ada pilihan raya semula merupakan penyelesaian terbaik, Mohamad berkata perkara itu tertakluk kepada Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.