
Anggota pertahanan diingatkan supaya kekal fokus kepada tanggungjawab utama mereka dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara, tanpa dipengaruhi iklim politik semasa.
Menteri pertahanan Khaled Nordin berkata anggota tentera mesti sentiasa jelas tentang peranan mereka bagi memastikan keamanan negara terus terpelihara, khususnya menjelang pilihan raya negeri Sabah.
“Sebab itu kita berharap anggota pertahanan tidak terpengaruh dengan keadaan sedemikian. Mereka mesti jelas bahawa tugas dan peranan mereka adalah mempertahankan keselamatan negara,” katanya pada Hari Keluarga Angkatan Tentera Malaysia.
Khaled berkata perpaduan antara anggota tentera, keluarga mereka dan komuniti setempat sangat penting untuk memastikan angkatan pertahanan kekal kuat dan bersatu dalam melaksanakan tugas mempertahankan negara.
Beliau menambah, keselamatan Sabah adalah tanggungjawab bersama semua anggota pertahanan tanpa mengira negeri asal.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.