
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menyifatkan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) tidak akan bertahan lama.
Bekas perdana menteri itu menjangkakan Umno akan kembali mencabar penguasaan PAS di negeri-negeri utara apabila tiba masanya.
Muhyiddin mendakwa kemesraan yang ditunjukkan PAS terhadap Umno ketika ini hanyalah untuk mengelak pertindihan kerusi dan memastikan kepentingan kedua-dua parti itu tidak bertembung dalam pilihan raya.
PAS dakwa hanya elak pertindihan kerusi
“(PAS mahu) Umno ambil iktibar daripada pilihan raya ini, dia tak lawan dengan PAS di negeri-negeri di utara.
“Tapi ingatlah, saya percaya Umno akan melanggar juga dia (PAS),” kata Muhyiddin, menurut Utusan Malaysia.
Presiden Bersatu itu turut menggesa pengundi di Negeri Sembilan supaya tidak mudah terpedaya dengan hubungan yang kelihatan mesra antara BN dan PN, sambil menyifatkannya sekadar percaturan politik menjelang pilihan raya negeri.
Pecahan kerusi BN, PN dan Bersatu
Di bawah kerjasama pilihan raya bagi PRN Negeri Sembilan, BN bertanding di 25 kerusi manakala PN bertanding di baki 11 kerusi.
Bersatu pula bertanding di 24 kerusi menggunakan logo sendiri walaupun merupakan parti komponen PN.
Hubungan parti itu dengan PAS merosot selepas PAS mengambil alih jawatan pengerusi PN, sebelum akhirnya menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu pada bulan lalu.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.