
Bekas perdana menteri Najib Razak tampil dengan nukilan puitis sempena genap tiga tahun dipenjara, berkongsi pengalaman hidupnya di sebalik tirai besi.
Dalam tulisannya, Najib menggambarkan suasana kehidupannya — daripada sayup kedengaran azan Subuh, hinggalah dinginnya lantai simen yang hanya beralas tikar sejadah, menjadi saksi doa dan sujudnya saban hari.
Beliau menyifatkan tikar sejadah sebagai “teman setia” yang menemaninya bermunajat, mencari ketenangan dan tempat meluahkan kepahitan.
“Luka dan parut di hati, hanya Allah yang tahu, hanya Allah yang mengerti,” tulisnya.
Najib turut menegaskan bahawa doa keluarga serta rakyat yang mendoakannya menjadi sumber kekuatan untuk terus tabah.
“Tiga tahun berlalu… doa keluarga, doa saudara-saudari semua memberi harapan, menjadi sumber kekuatan,” katanya.
Tulisan itu diakhiri dengan keyakinan bahawa keadilan tetap akan ditegakkan, walaupun beliau tidak menyebut bila.
“Tiga tahun berlalu… tikar sejadah menjadi teman. Saat itu pasti tiba. Bila…” tulisnya.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.