
Persefahaman antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu perkauman, tegas Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar.
Beliau, yang dipetik Harian Metro, berkata dakwaan tersebut hanya propaganda bertujuan mempengaruhi pengundi.
“Kalau kita tengok propaganda ini, mereka lakukan berulang-ulang, dengan tujuan lama-lama orang akan percaya,” katanya kepada pemberita selepas satu program sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Senawang, Negeri Sembilan.
Kempen PN dan BN aktif di lapangan, kata Samsuri
Samsuri turut menjelaskan jentera PN dan BN sedang aktif menjalankan kempen, walaupun terdapat dakwaan kempen PN kurang cergas.
“Orang biasa mungkin melihatnya agak sejuk, tapi kempen sedang berjalan sangat aktif di kalangan jentera BN dan PN,” katanya.
Kerjasama perlukan masa, kata Pengerusi Umno Negeri Sembilan
Pada pertemuan yang sama, Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias, berkata usaha menggerakkan kempen bersama rakan persefahaman baharu akan mengambil sedikit masa.
Beliau berkata kempen di kawasan yang ditandingi BN dan PN bergerak lancar. “Orang kahwin pun perlu ambil masa, lambat sikit,” katanya.
Di bawah persefahaman pilihan raya PRN Negeri Sembilan, BN bertanding di 25 kerusi, manakala PN merebut baki 11 kerusi. Negeri Sembilan akan ke peti undi pada 1 Ogos.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.