
Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan bahawa rundingan antara Petronas dan syarikat minyak dan gas milik Sarawak, Petros, mesti dilakukan secara teliti bagi mengelakkan kerugian tahunan antara RM15 bilion hingga RM20 bilion.
Menerusi podcast “Yang Berhenti Menteri”, Rafizi menjelaskan bahawa jika tuntutan Sarawak diterima tanpa mempertimbangkan struktur kewangan negara, Petronas mungkin tidak lagi mampu membayar dividen tahunan RM30-35 bilion kepada kerajaan persekutuan.
Katanya, perkara ini akan menjejaskan penyediaan perkhidmatan asas seperti sekolah, hospital dan gaji penjawat awam termasuk di Sarawak.
Walaupun menyokong hak Sarawak untuk mendapat perolehan lebih, Rafizi berkata, sebarang perubahan perlu bersifat strategik dan tidak menakutkan pelabur.
Beliau merujuk kepada penarikan keluar ConocoPhillips dari projek gas laut dalam dan tindakan Shell memohon perintah mahkamah akibat ketidakpastian undang-undang.
Rafizi menegaskan bahawa kestabilan dasar dan kontrak jangka panjang penting untuk mengekalkan keyakinan pelabur serta kestabilan ekonomi negara.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.