
Presiden Donald Trump pada Jumaat mengancam untuk mengenakan tarif ke atas Kesatuan Eropah (EU) selepas menuduh blok itu menyasarkan syarikat teknologi utama Amerika Syarikat (AS) secara tidak adil menerusi denda bernilai berbilion dolar, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam satu hantaran di platform Truth Social, Trump merujuk kepada penalti yang telah dikenakan terhadap Apple, Meta, Amazon dan Google.
“Kesatuan Eropah akan menerima padah yang amat besar atas tindakan yang menyalahi undang-undang dan sangat tidak beretika ini,” tulis Trump.
Siasatan Seksyen 301 bakal dimulakan
Trump berkata pentadbirannya akan segera memulakan siasatan mengikut Seksyen 301 terhadap tindakan EU yang disifatkannya sebagai “merompak” syarikat AS dan pembayar cukai negara itu.
Beliau turut menegaskan bahawa penalti yang dikenakan EU “akan dibatalkan sepenuhnya” dan pentadbirannya dijangka mengenakan tarif yang tinggi ke atas blok berkenaan secepat mungkin.
Kuasa Seksyen 301 dalam Akta Perdagangan AS
Seksyen 301 Akta Perdagangan AS 1974 memberi kuasa kepada Wakil Perdagangan AS untuk menyiasat amalan perdagangan asing yang dianggap tidak adil atau bersifat diskriminasi.
Sekiranya siasatan itu berasas, wakil tersebut boleh mengesyorkan tindakan balas termasuk pelaksanaan tarif ke atas pihak yang disiasat.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.