
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet dengan melantik Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Ghani, sebagai menteri pelaburan, perdagangan dan industri.
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, pula dilantik sebagai menteri wilayah persekutuan di Jabatan Perdana Menteri.
Ahli Parlimen DAP, Steven Sim, dipindahkan ke Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, manakala naib presiden PKR, R Ramanan, mengambil alih portfolio sumber manusia.
Ini merupakan rombakan Kabinet kedua Anwar sejak beliau dilantik sebagai perdana menteri pada November 2022.
Steven Sim menggantikan presiden Upko, Ewon Benedick, yang meletakkan jawatan bulan lalu.
Ahli Parlimen Johor Bahru daripada PKR, Akmal Nasir, dilantik sebagai menteri ekonomi bagi mengisi kekosongan selepas peletakan jawatan Rafizi Ramli.
Ketua PKR Sabah, Mustapha Sakmud, dinaikkan sebagai menteri hal ehwal Sabah dan Sarawak selepas sebelum ini berkhidmat sebagai timbalan menteri pendidikan tinggi.
Bekas menteri hal ehwal agama, Na’im Mokhtar, turut digugurkan daripada Kabinet.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.