
Pengarah dan penyanyi Wee Meng Chee, lebih dikenali sebagai Namewee, ditahan oleh polis di sebuah hotel di ibu negara selepas ditemui bersama pil yang disyaki ekstasi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, berkata suspek ditahan oleh polis dari IPD Dang Wangi pada 4.30petang22Okt lalu. Sembilan biji pil biru disyaki ekstasi, dengan anggaran berat 5.12g, dijumpai dalam bilik hotel tersebut.
Ujian saringan awal urin terhadap suspek didapati positif bagi amphetamin, methamphetamin, ketamin dan THC, menurut kenyataan polis.
Wee kemudian direman selama dua hari sebelum didakwa di mahkamah pada 24Okt lalu dengan dua pertuduhan. Beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen39A(1) serta 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya1952.
Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 18Dis ini.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.