
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, dilaporkan tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini.
Pada PRN kali ini, Aminuddin tidak mempertahankan kerusi DUN Sikamat yang dimenanginya pada PRN 2023 dengan majoriti 2,662 undi, sebaliknya beliau berpindah untuk bertanding di DUN Linggi.
Pertandingan tiga penjuru di Linggi
DUN Linggi menyaksikan pertandingan tiga penjuru, dengan dua lagi calon yang bertanding terdiri daripada penyandang, Mohd Faizal Ramli, yang mewakili Barisan Nasional (BN), serta Zamri Md Said dari BERSATU.
Aminuddin ketinggalan dalam pengiraan undi
Menerusi laman sesawang MyUndi, pengiraan undi didahului oleh Mohd Faizal dengan 8,427 undi, meninggalkan Aminuddin yang hanya memperoleh 5,881 undi setakat jam 9 malam ini.
Manakala Zamri pula hanya memperoleh 393 undi setakat ini.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.