
Hujan lebat berterusan telah menyebabkan 30 kematian dan memaksa lebih 80,000 orang dipindahkan di Beijing, khususnya di daerah pergunungan Miyun dan Yanqing.
Menurut laporan Xinhua Net, Presiden China Xi Jinping mengarahkan usaha menyelamat dan pemindahan secara menyeluruh bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda rakyat.
Di Miyun, aliran puncak Sungai Qingshui mencecah 2,800 meter padu sesaat — jauh melebihi purata 10 tahun iaitu 1.62 m³/s.
Sehingga malam Isnin, lebih 16,900 orang dari 189 kampung di Miyun telah dipindahkan ke pusat perlindungan sementara. Di Daerah Pinggu, pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan penduduk yang terperangkap di atas bumbung rumah.
Kerajaan Beijing telah mengaktifkan tahap tindak balas banjir tertinggi. Kementerian Kewangan dan Pengurusan Kecemasan China telah menyalurkan 550 juta yuan ke 9 wilayah, termasuk Beijing, bagi operasi kecemasan dan pemulihan bencana.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.