
Kemelut politik Negeri Sembilan tidak akan memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) ketika berdepan PRN Melaka.
Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, berkata apa yang penting ialah strategi yang disusun pucuk pimpinan diterjemahkan jentera parti bagi meraih kemenangan pada PRN itu.
“Strategi yang baik tetapi tidak dilaksanakan, itu juga akan menggagalkan perancangan kita.
“Kita buat strategi cantik-cantik, pada zahirnya sangat baik, dan ramai orang yang akan mengundi ataupun dikategorikan sebagai pengundi putih kepada BN. Tetapi kalau kita tidak buat (mereka) keluar (mengundi) pun tak bermakna, dia tidak masuk ke dalam peti undi,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Penutupan Persidangan Agung Kebangsaan Persatuan Solidariti Nasional (PerSoNa) di Melaka.
Tarikh PRN Melaka
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Melaka pada 14 November depan. Penamaan calon pula pada 31 Oktober, manakala undi awal pada 10 November.
Keputusan PRN 2021
Pada PRN Melaka 2021, BN menang 21 daripada 28 kerusi dan membentuk kerajaan negeri. Pakatan Harapan (PH) memenangi lima kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.