
China menyatakan kesediaan untuk “berperang hingga ke akhir” dalam perang perdagangan dengan Amerika Syarikat selepas Presiden Donald Trump mengugut mengenakan tarif tambahan 100% ke atas barangan China.
Jurucakap Kementerian Perdagangan berkata pendirian China konsisten: jika mahu berperang, China akan lawan; jika mahu berunding, pintu sentiasa terbuka. Beijing mempertahankan kawalan eksport baharu ke atas sektor nadir bumi sebagai langkah sah menurut undang-undang bagi memperkukuh sistem kawalan eksport serta melindungi keselamatan negara dan keselamatan kolektif antarabangsa.
Pengumuman Trump pada Jumaat, termasuk kawalan eksport AS ke atas “semua perisian kritikal” bermula 1 Nov, menggoncang pasaran dan menimbulkan keraguan terhadap kemungkinan pertemuan beliau dengan Presiden Xi Jinping di Korea Selatan, sekali gus mencetus kebimbangan perang perdagangan akan memuncak.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.