
Dakwaan bahawa Hamzah Zainudin akan meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang disahkan tidak benar oleh pejabat beliau.
Seorang pegawai dari pejabat Hamzah menolak laporan yang tular di media sosial kononnya beliau akan berundur berkuat kuasa 1 Januari 2026, sambil menyifatkannya sebagai berita palsu.
Terdahulu malam ini, satu kenyataan media palsu yang didakwa menggunakan kepala surat Pejabat Ketua Pembangkang dan kononnya ditandatangani oleh Hamzah telah tersebar di internet.
Satu lagi kenyataan menggunakan kepala surat Bersatu juga disahkan palsu oleh pegawai berkenaan.
Pejabat Hamzah menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan peletakan jawatan dan menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.