
Bersedialah untuk terpikat kerana dua jenama global yang terkenal dengan keaslian dan gaya unik masing-masing kini bergabung tenaga dalam satu kolaborasi yang tak disangka-sangka tapi perfect – Krispy Kreme® dan Crocs™!
Mulai 6 Ogos, peminat donat dan peminat kasut selesa boleh mendapatkan Krispy Kreme x Crocs Classic Clogs edisi terhad yang bukan sahaja comel, tapi juga super fun dan penuh gaya.
Bayangkan kasut yang diinspirasikan daripada donat Original Glazed® Krispy Kreme yang ikonik? Ya, itulah dia!
Clog edisi khas ini bukan sebarangan. Ia hadir dengan rekaan yang tampak seperti baru keluar dari mesin glazer, lengkap dengan Jibbitz™ berbentuk donat, Hot Light™ Krispy Kreme dan pelapik hujung kaki yang boleh ditukar antara chocolate glaze with sprinkles dan strawberry glaze with sprinkles.
Anda boleh pilih ikut ‘mood’ hari itu; lebih coklat hari ini? Atau rasa strawberi yang lebih cute? Pilihan di tangan anda!
Tali tumit boleh laras clog ini pula dihiasi dengan logo Krispy Kreme, menjadikan ia satu perincian eksklusif yang memikat hati.
Turut dijual berasingan ialah pek lima Jibbitz™ Krispy Kreme yang merangkumi donat, topi kertas klasik, logo dan kotak dozens yang ikonik.

Donat Pun Ada Versi Istimewa!
Untuk merancakkan lagi kolaborasi ini, Krispy Kreme Malaysia juga melancarkan satu dozen donat istimewa yang diinspirasikan oleh rekaan clog ini iaitu gabungan Original Glazed®, Chocolate Sprinkles dan Strawberry Sprinkles.
Ia akan dijual mulai 6 Ogos hingga 19 Ogos di cawangan Krispy Kreme terpilih – Pavilion KL, KLCC, Sunway Pyramid, IOI Putrajaya dan Mid Valley Southkey.
Dan berita baik buat peminat kasut Crocs – bawa resit pembelian clog ke mana-mana cawangan Krispy Kreme terlibat dan nikmati diskaun 10 peratus untuk donat harga biasa. Cukup mudah, cukup manis!
Bila Keselesaan Dan Ekspresi Diri Bertemu
“Kami percaya bahawa keselesaan boleh diperibadikan,” kata Ketua Pegawai Jenama Crocs, Terence Reilly.
“Dengan Krispy Kreme, kami sajikan gaya yang disalut personaliti dan ditabur dengan ekspresi diri,” katanya.
Sejak mula mencipta fenomena sebagai kasut yang comfortable yet bold, Crocs Classic Clogs telah menjadi pilihan harian ramai dan kini, ia lebih menyerlah dengan sentuhan ‘manis’ daripada Krispy Kreme.
Clogs Krispy Kreme X Crocs boleh didapati dalam saiz dewasa di:
• Crocs Pavilion KL
• KLCC
• Sunway Pyramid
• IOI Putrajaya
• Mid Valley Southkey
• crocs.com.my
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.