
Larangan membawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah di Selangor masih berkuat kuasa, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Ng Suee Lim.
Beliau berkata dasar itu kekal, namun kerajaan negeri akan mengkaji semula garis panduan sedia ada bagi mengekalkan keharmonian masyarakat.
Menurutnya, Selangor merupakan negeri maju dan bertaraf antarabangsa, justeru sebarang langkah berkaitan dasar antarabangsa perlu dipertimbangkan dengan teliti.
Ng berkata di sesetengah negara, dasar mesra haiwan membolehkan orang ramai membawa haiwan peliharaan ke pelbagai tempat awam, termasuk pusat beli-belah.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Selangor perlu menilai kesesuaian langkah tersebut berdasarkan konteks masyarakat majmuk dan budaya tempatan.
Ng berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai inisiatif Op Terjah Pembersihan Awam di Seksyen 7 hari ini.
Program tersebut turut dihadiri pengarah urusan KDEB Waste Management Sdn Bhd, Ramli Mohd Tahir.
Beliau mengulas tindakan sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang yang membenarkan pengunjung membawa haiwan peliharaan ke dalam premis.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.