
Petronas menafikan dakwaan bahawa syarikat itu menjadi penaja utama Liga Bola Sepak Bangladesh.
Semalam, laman Facebook rasmi liga tersebut mengumumkan bahawa Petronas akan menjadi penaja gelaran bagi musim 2025/26.
Tindakan itu mencetuskan bantahan penyokong di Malaysia yang mempersoalkan mengapa syarikat minyak dan gas negara menaja liga luar berbanding Liga Bola Sepak Malaysia.

Petronas bertindak segera mengeluarkan penjelasan.
Dalam kenyataan dikeluarkan pada Isnin, syarikat itu berkata ia tidak menandatangani sebarang perjanjian penajaan dengan Liga Bola Sepak Bangladesh dan tidak pernah memberi kebenaran menggunakan nama atau jenamanya.
Petronas berkata ia sedar akan hantaran media sosial yang tular dan menafikan dakwaan tersebut.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.