
Satu kejadian berlaku dalam penerbangan Turkish Airlines menuju Dusseldorf, Jerman, apabila seorang penumpang menumbuk seorang pramugari selepas permintaannya untuk bertukar tempat duduk ditolak.
Menurut laporan akhbar Bild Jerman, penumpang tersebut tidak mahu duduk di tempat duduk yang telah ditetapkan kerana terdapat seorang wanita di sebelahnya.
Beliau dilaporkan menggunakan alasan undang-undang Syariah serta meminta untuk dipindahkan ke tempat duduk lain, namun pramugari terbabit enggan memenuhi permintaan itu.
Menurut saksi, lelaki tersebut kemudiannya melanggar pramugari itu ekoran penolakan tersebut.
Polis lakukan siasatan selepas pesawat mendarat
Sejurus selepas pesawat mendarat di Lapangan Terbang Düsseldorf, pihak polis telah dipanggil bagi menerima laporan berhubung serangan itu.
Polis Persekutuan Jerman kini menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian tersebut, dan lelaki berkenaan turut mengaku telah memukul pramugari itu.
Kejadian ini berlaku pada 1 Julai tahun ini, dengan suspek dikenal pasti sebagai seorang lelaki Jerman berusia 29 tahun yang berketurunan Turki.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.