
PKR menyasarkan untuk bertanding lapan hingga sembilan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin, berkata Machap, Ayer Keroh dan Rembia antara kerusi yang dikenal pasti untuk ditandingi parti itu.
Senarai calon PH 18 Oktober
Menurut beliau, Pakatan Harapan (PH) dijangka mengumumkan senarai calonnya bagi PRN Melaka pada 18 Okt ini.
“Kalau tidak silap saya, kita sasarkan lapan hingga sembilan kerusi, selebihnya rakan-rakan dalam gabungan kita,” katanya, seperti dilaporkan Berita Harian.
Beliau berkata demikian pada program Jalinan Jelajah Rider Melaka di Dewan Censelor Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Durian Tunggal, Alor Gajah.
Nama dikaitkan dengan Paya Rumput
Ditanya mengenai namanya yang dikaitkan dengan DUN Paya Rumput, Azman berkata beliau akur dengan sebarang keputusan pucuk pimpinan parti.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan bertanding di mana-mana kerusi DUN Melaka, termasuk Paya Rumput.
“Saya tidak boleh nak komen apa-apa tentang calon, saya menerima apa saja keputusan parti. Kalau disuruh bertanding di Melaka, saya akan bertanding di negeri ini, atau mana-mana kawasan pun.
“Bagi saya, Melaka tidak besar, jadi apa keputusan parti saya ikutlah,” katanya.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.