
Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun pada 13 Okt kerana disyaki menyerang secara seksual seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di sebuah sekolah di Sabak Bernam, Selangor.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Md Yusoff Ahmad dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu berlaku ketika waktu rehat sekitar 9.30 pagi.
Beliau berkata penahanan dibuat pada hari sama (13 Okt) di Jalan Parit, Sungai Besar, dan suspek direman selama 4 hari bermula 14 Okt.
Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.