
Beberapa daerah di Selangor, Kedah dan Perak dijangka mengalami banjir mulai hari ini.
Menurut Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, daerah berisiko di Selangor ialah Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Klang, dengan banjir dijangka berlaku sehingga esok.
Kawasan berhampiran sungai seperti Sungai Buloh, Sungai Klang, Sungai Damansara dan Sungai Langat dijangka paling terjejas.
Di Kedah, daerah Kubang Pasu, Pendang dan Padang Matsirat di Langkawi dijangka mengalami banjir sehingga 28 Nov.
Di Perak, banjir dijangka berterusan sehingga 26 Nov melibatkan daerah Kerian, Hulu Perak dan Kinta.
Sehingga jam 1.50 tengah hari, portal maklumat bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat merekodkan 12,416 mangsa banjir daripada 4,398 keluarga di 82 pusat pemindahan sementara.
Kelantan terus mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 9,294 orang ditempatkan di 37 pusat pemindahan sementara.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.