
Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan sudah memberi perincian prosedur operasi standard (SOP) bagi proses hukuman tahanan rumah kepada Najib Razak.
Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, Zamri Misman, berkata perincian itu sudah dimaklumkan secara lanjut kepada bekas Perdana Menteri berkenaan.
“Jabatan Penjara sudah memaklumkan details (perincian) kepada Najib,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Sidang media di Parlimen
Zamri ditemui pada sesi taklimat media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said.
Sesi itu berkaitan pelaksanaan halatuju institusi Parlimen setelah Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 berkuat kuasa pada 1 Oktober 2026.
Azalina enggan ulas
Sementara itu, Azalina enggan mengulas lanjut ketika ditanya perkara sama.
“Itu boleh tanya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh,” katanya.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.