
Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mengecam kenyataan jurucakap Pas, Ahmad Fadhli Shaari kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas merangkap Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari, yang menyindir usaha Malaysia menjadi orang tengah dalam konflik Thailand dan Kemboja.
Menurut Syahredzan, walaupun pembangkang berhak mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun menggambarkan usaha diplomatik itu sebagai “monyet menjadi orang tengah antara kambing dan biri-biri” adalah melampaui batas.
“Konflik di sempadan Thai-Kemboja telah mengorbankan nyawa dan memaksa ramai menjadi pelarian. Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN dan negara bertanggungjawab, wajar memainkan peranan penting.”
Tambah beliau, berkat usaha Anwar, kedua-dua negara berjaya mencapai persetujuan gencatan senjata pada 28 Julai lalu dalam mesyuarat khas di Seri Perdana.
“Jika tokoh pembangkang yang memimpin negara, adakah Malaysia akan berdiam diri? Kenyataan Fadhli sudah cukup menjawab.”
Fadhli dilaporkan telah memadam kenyataan tersebut, namun Syahredzan menegaskan itu belum mencukupi. Beliau mendesak agar Fadhli memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Thailand, Kemboja dan Perdana Menteri sendiri.
“Jika tidak mampu menyumbang secara positif, jangan pula jadi suara yang sumbang,” katanya.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.