Pejuang akhirnya mendapat pembuktian selepas enam tahun berdepan pencapaian sukar, apabila musuh politik terdahulu kini mengalami kitaran nasib yang sama, kata Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri yang juga pengasas parti itu berkata, pihak tertentu yang dahulu tergesa-gesa keluar kerajaan atau memecat kepimpinan Pejuang, kini turut dipecat dan terpaksa menubuhkan parti baharu.
Kitaran politik hampir lengkap
“Kitaran atau pusingan itu kelihatannya hampir lengkap,” katanya menerusi teks ucapan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Pejuang yang dibaca ketua penerangan parti itu, Rafique Rashid Ali.
Tambahnya, mereka yang dahulunya tidak sabar keluar kerajaan akibat alahan melampau kini kelihatan menjurus kembali kepada parti-parti tersebut.
Tiada sahabat kekal, hanya matlamat
Mengulas lanjut, Mahathir berkata tiada sahabat yang kekal melainkan matlamat dalam arena politik.
“Pertukaran jajaran politik bukan sesuatu yang luar biasa, asalkan prinsip perjuangan dan dasar parti terus dipertahankan demi rakyat,” katanya.
Beliau berharap Pejuang terus berdaya maju dan konsisten bergerak sebagai suara hati nurani rakyat, biarpun terpaksa mengharungi perjalanan politik yang berliku dan penuh cabaran.
Penampilan pertama selepas kehilangan isteri
Terdahulu, Mahathir dilaporkan tiba di Perhimpunan Agung Pejuang kali keempat di IDCC Shah Alam pada 11.37 pagi.
Ini merupakan penampilan pertama beliau dalam acara rasmi parti selepas hampir tujuh minggu kehilangan isterinya, Hasmah Ali.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.