
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik satu teaser misteri di laman Facebook rasminya, kebanyakan di kalangan netizen berharap Anwar dapat membawa berita gembira tentang mengurangkan beban hidup.
Poster tersebut memaparkan mesej jelas:
“Akan Datang, Suatu Penghargaan Luar Biasa Buat Rakyat Malaysia. Bersama Malaysiaku.”
Tiada butiran lanjut dikongsikan, namun ia segera mencetuskan pelbagai spekulasi dalam ruangan komen.
Hantaran Facebook itu meraih dua puluh ribu tanda “suka”like” dan ribuan perkongsiandan komen daripada rakyat yang tertanya-tanya apakah “penghargaan luar biasa” itu.
Pengguna Anbarasan Balakrishnan menulis: “Harap yang terbaik.”
Seorang lagi pengguna, Norherudy Ahmad, berharap “segala cukai membebankan dihapuskan dan subsidi diteruskan.”
Sementara itu, Akhbar Khan berkata: “Mesej yang menarik, semoga membawa sinar baharu untuk Malaysia di bawah kerajaan Madani.”
Bagaimanapun, ramai netizen turut mengusik sama ada cukai itu akan diumumkan. Hairi Din berkata: “Adakah Pokemon atau Cukaimon?”
Wan Cheng Lee meninggalkan mesej dengan berkata: “Tuan-tuan dan puan-puan, Perdana Menteri akan mendedahkan identitinya sebagai “Cukaiman” (superman cukai).”