Kerajaan digesa mendedahkan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) yang ditandatangani 13 Ahli Parlimen pembangkang pada 31 Oktober lalu. Gesaan itu khususnya melibatkan jumlah peruntukan, kaedah penyaluran serta pelaksanaannya.
Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan, berkata pendedahan itu penting bagi memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban kerajaan. Menurutnya, 62 Ahli Parlimen pembangkang lain tidak menerima tawaran untuk CSA.
Beliau berkata, tindakan itu perlu seperti yang pernah diamalkan menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) pada September 2021.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.