Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, bersedia menerima keputusan pilihan raya pertengahan penggal yang menunjukkan Parti Demokrat bakal mencatat kemenangan besar ke atas Parti Republikan di Kongres.
“Saya benar-benar bersedia menerima keputusan itu,” katanya kepada The New York Times.
Sedia bekerjasama dengan Demokrat
Trump berkata pentadbirannya akan bekerjasama dengan Demokrat dan menantikan peluang untuk berbuat demikian.
“Kami mungkin akan mencapai sesuatu persetujuan,” katanya.
Kenyataan itu dibuat selepas beliau berulang kali cuba mempertikaikan keadilan proses pilihan raya berkenaan. Tindakan tersebut mencetuskan kebimbangan bahawa beliau mungkin enggan menerima kekalahan.
Dakwaan Republikan menang besar
Dalam pada itu, Trump menyuarakan keyakinan bahawa Parti Republikan akan menang dengan majoriti besar sekiranya beliau sendiri bertanding.
“Saya tidak bertanding dan sekiranya saya bertanding, kami pasti menang BESAR-BESARAN! Terima kasih kerana memberikan perhatian terhadap perkara ini,” katanya menerusi satu hantaran di platform Truth Social miliknya.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.