ADUN Ba Kelalan Baru Bian menolak kemungkinan meninggalkan Parti Demokratik Progresif (PDP).
Beliau membuat kenyataan itu sehari selepas dua rakan pemimpin kanannya melepaskan jawatan masing-masing dalam parti itu.
“Tidak, saya tidak meletakkan jawatan dan tiada sebab berbuat demikian,” katanya dipetik Borneo Post.
Dua naib presiden pdp letak jawatan
Semalam, Naib Presiden Kanan Wong Soon Koh dan Naib Presiden Johnical Rayong Ngipa mengumumkan peletakan jawatan serta melepaskan semua kedudukan dalam PDP.
Namun, mereka menekankan tetap komited kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan terus menyokong Pengerusi GPS Abang Johari Openg.
Sebelum ini, Baru, Wong dan Rayong merupakan ADUN Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang berpihak kepada pembangkang ketika itu.
Parti tersebut dibubarkan dengan ahlinya diterima masuk dalam PDP pada April 2024.
Wong dilantik sebagai naib presiden kanan PDP, manakala Rayong dan Baru dilantik sebagai naib presiden.
Latar belakang dan kesediaan pertahan kerusi
Baru, yang pernah menjadi ketua PKR Sarawak, menyertai PSB pada 2020.
Beliau pertama kali menang kerusi Ba Kelalan atas tiket PKR pada 2011, serta berjaya mempertahankannya pada 2016 dan 2021.
Beliau ada menyatakan kesediaan mempertahankan Ba Kelalan sekiranya dicalonkan semula oleh GPS.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.