
Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadualkan pada bulan Oktober ini.
Anwar berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu semasa panggilan telefon dengan Trump pagi tadi.
Sebelum ini, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, turut memberi bayangan bahawa Trump mungkin hadir secara fizikal ke sidang kemuncak tersebut.
Anwar turut memaklumkan bahawa kadar tarif baharu bagi Malaysia akan diumumkan esok.
“Insya-Allah, ia tidak akan membebankan ekonomi negara,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 di Dewan Rakyat.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.