
Bekas Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi, dibenarkan berpindah dari penjara ke sebuah kediaman yang ditetapkan bagi menjalani baki hukumannya pada Khamis, lapor Agensi Berita Xinhua.
Arahan dikeluarkan Presiden Myanmar
Menurut stesen penyiar milik kerajaan, Myanmar Radio and Television (MRTV), Presiden Myanmar, U Min Aung Hlaing, mengarahkan perubahan lokasi pemenjaraan Aung San Suu Kyi selaras dengan peruntukan undang-undang jenayah berkaitan.
Keputusan atas dasar kemanusiaan
Laporan itu menyatakan keputusan berkenaan dibuat sempena sambutan Hari Buddha serta atas dasar kemanusiaan dan niat baik kerajaan.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.