
Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Bera itu akan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada jam 9 pagi.
Kes berkenaan dipercayai berkaitan pengisytiharan harta.
Sebelum ini, Ismail Sabri telah dipanggil beberapa kali untuk dirakam percakapannya berhubung pengisytiharan harta yang dibuat kepada SPRM.
Rampasan wang tunai dan jongkong emas
Dalam perkembangan berkaitan, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing.
Agensi itu juga menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta.
Rampasan berkenaan dilakukan susulan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Ismail Sabri.
Penggeledahan di kediaman dan pejabat
Rampasan itu dibuat ketika penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan sebagai “rumah selamat”.
Penggeledahan berkenaan dilakukan hasil siasatan terhadap empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.