
Kerajaan hari ini menandatangani Perjanjian Kepercayaan dan Pembekalan (CSA) dengan enam Ahli Parlimen Bersatu yang diketuai Presiden parti itu, Muhyiddin Yassin, serta tujuh yang lain termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Malaysiakini difahamkan, baki enam Ahli Parlimen berkenaan terdiri daripada bekas wakil rakyat Bersatu yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Majlis di Parlimen
Anwar mengesahkan majlis menandatangani perjanjian itu menerusi hantaran di Facebook. Majlis tersebut berlangsung di Parlimen.
Kerajaan diwakili Timbalan Perdana Menteri II, Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, serta penasihat kanan politik perdana menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Selain Muhyiddin, turut hadir timbalannya, Mohd Radzi Md Jidin, dan Ahmad Faizal Azumu.
Tuntutan dan balasan sokongan
Di bawah CSA itu, Ahli Parlimen berkenaan menggesa kerajaan menghadkan tempoh perkhidmatan perdana menteri. Mereka juga mahu peranan peguam negara dipisahkan daripada pendakwa raya sebelum tamat penggal pentadbiran.
Selain itu, mereka diperuntukkan jumlah dana pembangunan kawasan yang sama seperti yang diterima wakil rakyat penyokong kerajaan ketika ini.
Sebagai balasan, semua Ahli Parlimen pembangkang itu akan menyokong pentadbiran Anwar sehingga akhir penggal Parlimen semasa dan Belanjawan 2027.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.