
Mahkamah Koroner hari ini mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Presiden Parti Warisan, Mohd Shafie Apdal, berhubung kenyataannya mengenai inkues kematian Zara Qairina Mahathir.
Koroner Amir Shah Amir Hassan membenarkan permohonan peguam Ram Singh pada hari ke-11 prosiding, dengan permohonan itu turut disokong semua pihak terlibat.
Notis berkenaan akan segera diserahkan kepada Shafie, yang juga bekas ketua menteri Sabah.
Kenyataan Shafie bahawa Zara Qairina “dibunuh” dibuat dalam sebuah video yang tular baru-baru ini.
Terdahulu, Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan berkata pihaknya sedang meneliti kenyataan Shafie itu dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan, termasuk memulakan prosiding menghina mahkamah.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.