
Seorang pelajar sekolah menengah di Banting cedera selepas dipercayai ditikam dalam satu kejadian hari ini. Kejadian itu dipercayai berlaku pada waktu persekolahan, dengan insiden tersebut turut tular di media sosial.
Ketua Polis Kuala Langat, Mohd Akmalrizal Radzi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Ya, saya sahkan kejadian itu. Mangsa berada dalam keadaan stabil,” katanya menurut Kosmo.
Video tular papar pelajar bertempiaran lari
Terdahulu, satu video tular di media sosial memaparkan sekumpulan pelajar bertempiaran lari apabila seorang perempuan dipercayai memegang sebilah pisau.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.