
Polis menahan empat remaja, termasuk tiga pelajar dan seorang bekas pelajar, mereka disyaki merogol beramai-ramai seorang pelajar perempuan serta menularkan rakaman bogel mangsa dalam talian.
Siasatan awal menunjukkan perbuatan itu berlaku antara Mei hingga Ogos di beberapa bilik darjah, termasuk hubungan seks secara berkumpulan.
Tangkapan dibuat selepas seorang bapa membuat laporan pada pagi Ahad apabila dimaklumkan guru disiplin bahawa video bogel anaknya sedang beredar.
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, DSP Ahmad Salimi Mat Ali, berkata tiga pelajar dan seorang bekas pelajar dari sekolah sama ditahan pada jam 9.30 malam hari kejadian dan enam telefon bimbit dirampas untuk analisis forensik.
Semua suspek direman lima hari bermula tarikh tangkapan. Kes disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol beramai-ramai serta kesalahan menghantar pornografi kanak-kanak.
Polis menggesa orang ramai, terutamanya ibu bapa dan penjaga, memantau pergerakan serta interaksi dalam talian anak-anak dan segera memaklumkan pihak sekolah serta polis bagi mengelakkan mudarat lanjut dan penularan kandungan.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.