
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan 29 November sebagai tarikh pengundian bagi pemilihan wakil rakyat dan pembentukan kerajaan negeri Sabah.
Pengumuman itu menetapkan tempoh kempen selama 14 hari, bermula selepas proses penamaan calon yang dijadualkan pada 15 November. Bagi pengundi awal, saluran pengundian akan dibuka lebih awal pada 25 November.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diumumkan dibubarkan pada 6 Oktober lalu, membuka laluan kepada pilihan raya negeri kali ini.
Daftar pemilih terkini mencatatkan seramai 1,784,843 pengundi berdaftar yang akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengisi 73 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.