
Pengerusi Pejuang Mukhriz Mahathir membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana berulang kali menuduh Dr Mahathir Mohamad rasuah tanpa mengemukakan sebarang bukti kukuh.
Menurut beliau, Anwar sudah sejak 1998 menuduh Tun M korup tetapi tidak pernah mengemukakan bukti—hanya mendakwa “kerajaan sembunyi bukti”.
Mukhriz yang juga anak kepada Mahathir mempersoalkan: “Jika benar Tun M korup, mengapa Anwar bersalam dengannya di mahkamah? Mengapa PH terima Bersatu dalam gabungan? Mengapa lantik Tun M sebagai Pengerusi PH dan calon PM?” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Beliau menambah bahawa Mahathir turut menandatangani surat memohon pengampunan untuk Anwar dan membantu kempen di Port Dickson, tetapi isu rasuah tidak pernah dibangkitkan ketika itu.
Mukhriz turut membangkitkan pelantikan Zahid Hamidi sebagai TPM, pemberian kontrak kepada Farhash dan jawatan kerajaan kepada anak PM sebagai bukti retorik Anwar tidak selari dengan tindakan.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.