
Pilihan raya DUN Tanjung Aru menyaksikan pertandingan 9-penjuru dengan tumpuan kepada pertembungan antara naib presiden Warisan Junz Wong dan timbalan pengerusi DAP Sabah Chan Foong Hin.
Kerusi itu sebelum dibubarkan bulan lalu disandang Junz Wong yang memenangi PRN2020 dengan majoriti3,147 undi. Kembalinya Wong sebagai calon menambah warna kepada saingan sengit di kawasan berkenaan.
Selain Chan mewakili Pakatan Harapan (PH), pencalonan turut diterima bagi Suhaimi Buang (Perikatan Nasional), Yee Wee Ping (Parti Impian Sabah), Wong Cheng Chee (Parti Kerjasama Anak Negeri), Dennison R Indang (Upko) serta Zaim Ansawi yang bertanding sebagai calon bebas.
Kesemua pencalonan diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya DUN Tanjung Aru, Masawi Salleh, selepas proses penamaan calon yang berlangsung di Dewan Sri Putatan.
Dengan bilangan pencabar yang ramai, tumpuan kini beralih kepada strategi kempen setiap parti dan calon untuk memikat pengundi di kawasan yang dianggap berprofil tinggi ini.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.