Seramai 17 orang maut manakala 13 lagi cedera dalam letupan di kilang keluli HABAS di Aliaga, barat Turki, pada Isnin.
Menteri Kesihatan, Kemal Memisoglu, berkata jumlah korban meningkat kepada 17 selepas seorang mangsa yang berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia.
Kren runtuh ke dalam relau
Gabenor Izmir, Suleyman Elban, berkata letupan berlaku ketika kerja penggantian dandang dijalankan. Sebuah kren runtuh ke dalam relau industri yang digunakan untuk proses penuangan keluli cair.
Seorang pekerja, Yasin Cetiner, 52, berkata kabel kren terputus sehingga menyebabkan kira-kira 120 tan keluli cair jatuh ke dalam relau.
Keluli cair itu kemudian meletup apabila bersentuhan dengan air daripada sistem penyejukan.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, berikrar memastikan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. Siasatan itu termasuk meneliti kemungkinan berlaku kecuaian dan pihak yang bertanggungjawab.
Desakan siasatan telus
Sementara itu, kumpulan pekerja dan parti politik menggesa siasatan yang telus serta tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab. Mereka mendakwa kilang berkenaan mempunyai rekod keselamatan pekerjaan yang bermasalah.
Akhbar Evrensel melaporkan sekurang-kurangnya 11 pekerja maut di kilang itu sepanjang 10 tahun lalu.
Pekerja bakal adakan bantahan
Susulan tragedi itu, pekerja merancang mengadakan bantahan di Aliaga pada Selasa. Mereka mahu desak penambahbaikan aspek keselamatan di tempat kerja.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.