Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah memenangi 29 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak selepas tiada calon lain dinamakan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan, selain calon yang diketengahkan gabungan itu.
Keadaan ini bermakna GPS hanya memerlukan 13 kerusi lagi untuk mencapai majoriti mudah 42 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri.
82 kerusi dipertandingkan
Sebanyak 82 kerusi dipertandingkan pada PRN kali ini, manakala majoriti dua pertiga memerlukan 55 kerusi.
Sebahagian besar daripada 29 kerusi yang dimenangi GPS terdiri daripada kawasan majoriti Melayu-Melanau. Selain itu, ada juga kerusi majoriti Iban seperti Engkilili, Layar dan Bukit Saban.
Gabungan pemerintah negeri itu turut menang tanpa bertanding di Repok, Sarikei, yang merupakan kerusi majoriti Cina.
Abang Johari antara yang menang tanpa bertanding
Pengerusi GPS, Abang Johari Openg (Gedong), antara calon yang menang tanpa bertanding. Dua timbalan beliau, Awang Tengah Ali Hasan (Bukit Sari) dan Douglas Uggah Embas (Bukit Saban), turut mengecapi kejayaan yang sama.
Senarai 29 kerusi dimenangi GPS
- N3 Tanjong Datu – Azizul Annuar Adenan
- N4 Pantai Damai – Abdul Rahman Junaidi
- N5 Demak Laut – Hazland Abang Hipni
- N6 Tupong – Fazzrudin Abdul Rahman
- N7 Samariang – Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
- N8 Satok – Ibrahim Baki
- N15 Asajaya – Abdul Karim Rahman Hamzah
- N16 Muara Tuang – Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim
- N24 Sadong Jaya – Aidel Lariwoo
- N25 Simunjan – Yussuf Chik
- N26 Gedong – Abang Johari Openg
- N27 Sebuyau – Julaihi Narawi
- N28 Lingga – Dayang Noorazah Awang Sohor
- N29 Beting Maro – Awang Nashfarini Awang Sarbini
- N33 Engkilili – Johnical Rayong Ngipa
- N35 Saribas – Razi Sitam
- N36 Layar – Gerald Rentap Jabu
- N37 Bukit Saban – Douglas Uggah Embas
- N41 Kuala Rajang – Len Talif Salleh
- N42 Semop – Abdullah Saidol
- N43 Daro – Safiee Ahmad
- N45 Repok – Huang Tiong Sii
- N56 Dalat – Fatimah Abdullah
- N57 Tellian – Royston Valentine
- N62 Katibas – Lidam Assan
- N63 Bukit Goram – Jefferson Jamit Unyat
- N71 Bekenu – Nur Fatin Syafawani Tahamat
- N72 Lambir – Ripin Lamat
- N82 Bukit Sari – Awang Tengah Ali Hasan
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.