
Tempoh perkhidmatan Mufti Perak Wan Zahidi Wan Teh, yang dilantik pada 1 Ogos 2022, berakhir semalam.
Jabatan Mufti Negeri Perak memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook, sambil menyatakan satu majlis perpisahan telah diadakan melibatkan kakitangan jabatan berkenaan.
Menurut jabatan itu, Wan Zahidi dalam ucapannya berkata kerjaya dalam bidang kefatwaan merupakan sebahagian daripada dunia dakwah yang luas.
“Percayalah ia akan membawa kita ke dunia yang lebih jauh,” katanya.
Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim turut merakamkan penghargaan atas sumbangan dan kepimpinan Wan Zahidi sepanjang menerajui institusi kefatwaan negeri itu.
Wan Zahidi menggantikan Allahyarham Harussani Zakaria yang meninggal dunia pada 30 Mei 2021 di Hospital Raja Permaisuri Bainun ketika menerima rawatan akibat jangkitan Covid-19.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.