
Bersatu Melaka nekad mempertahankan dua kerusi yang dimenanginya pada PRN Melaka lalu, iaitu DUN Bemban dan Sungai Udang.
Ketua Penerangannya, Hishamuddin Abdul Karim, berkata kedua-dua kerusi itu dimenangi Bersatu atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRN lalu. Namun, Adunnya kemudian menyertai Parti Wawasan Negara (Wawasan).
“Bemban dan Sungai Udang, saya yakin parti akan kekal bertanding,” katanya kepada FMT.
Sasar sehingga 10 kerusi
Hishamuddin berkata Bersatu dijangka bertanding sehingga 10 kerusi DUN, termasuk jika bekerjasama dengan mana-mana gabungan.
Bagaimanapun, katanya, soal calon dan jumlah kerusi hanya dapat dimuktamadkan selepas keputusan akhir sama ada berlaku kerjasama atau sebaliknya.
Beliau tidak menolak kemungkinan keputusan rundingan pembahagian kerusi diketahui seawal minggu depan.
Adun beralih ke Wawasan
Pada PRN Melaka 2021, Bersatu memenangi DUN Sungai Udang dan Bemban atas tiket PN.
Adun Bemban, Yadzil Yaakub, dan Adun Sungai Udang, Aleef Yusof, kemudian menyertai Wawasan.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.